August 16th, 2006, by shuth
Petua Simpan Duit Banyak-Banyak
Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..
Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda
Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan
Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan..
Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400
RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..
Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?
Jawapannya…. 400 Tahun!
Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!
Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!
Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?
“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..
Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!
Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan! (Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)
Anda nak tahu apakah Rahsia itu?
Baiklah.. saya beritahu anda rahsia yang bernilai RM497 ini secara percuma. Khas untuk pembaca-pembaca blog ini.
Rahsianya ialah.. .. “Keghairahan”… ho! ho! ho!… ataupun dalam bahasa omputihnya.. “Passion”
Oh! jangan salah sangka.. ini bukan ghairah seks.. ini ghairah lain.
(Kenapa yer?.. setiap kali sebut perkataan ghairah.. mesti orang akan ingat seks.)
Keghairahan yang saya maksudkan disini ialah keghairahan anda untuk mencapai cita-cita anda!.. Iaitu, suatu cita-cita yang memerlukan anda memiliki duit yang banyak untuk mencapainya.
Contohnya…..
Keghairahan untuk menjadi jutawan…
Keghairahan untuk memiliki kereta mewah..
Keghairahan untuk memiliki rumah banglo yang besar dan indah..
ataupun.. keghairahan untuk memiliki isteri 4.. ho! ho! ho!
Semua keghairahan ini memerlukan anda mempunyai duit yang banyak. tanpa duit yang banyak.. agak sukar untuk anda memenuhi keghairahan tersebut. Jadi.. jadikanlah keghairahan tersebut sebagai motivasi anda untuk menyimpan duit dengan banyak.
Anda masih tidak percaya bahawa keghairahan boleh membuatkan anda menyimpan duit dengan banyak?..
Baiklah! Mari kita imbas kembali zaman kanak-kanak anda? Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, setiap hari, anda akan diberi wang poket oleh ibu atau bapa anda untuk belanja persekolahan anda. Kalau anda tidak ingat.. tidak mengapalah… tetapi saya masih ingat.
Sewaktu saya bersekolah rendah dulu, bapa saya akan memberikan saya wang poket sebanyak 30sen sehari. Ya, 30sen sahaja sehari, saya sememangnya bukanlah daripada golongan orang-orang yang berada. Bapa saya hanya bekerja di kampung dan saya dibesarkan sebagai seorang budak kampung. Dengan wang 30sen itu, saya akan membeli sepinggan mee goreng yang berharga 20sen dan segelas air yang berharga 10sen. Begitulah setiap hari, wang belanja yang diberi pasti akan dihabiskan dengan membeli mee goreng dan juga segelas air diwaktu rehat.
Sehinggalah, pada suatu hari, sewaktu sedang berjalan pulang dari sekolah, tapak kasut sekolah saya tercabut dibahagian depannya. Kasut itu memang sudah agak buruk. Sudah 2 tahun saya memakai kasut tersebut.. jadi memang tunggu masa sahajalah untuk ia menjadi arwah.
Sampai dirumah, saya memberitahu ibu tentang kasut tersebut. Tapi ibu kata, “Alaa.. boleh pakai lagi nie.. tampal je dulu dengan gam gajah!.”…Tanpa Banyak soal.. saya pun ambil gam gajah serta getah gred untuk melekatkan semula hujung kasut tersebut dan mengikatnya.
Selepas itu, disekolah, sewaktu rehat, saya tidak lagi bermain bola atau pergi berjalan-jalan keluar kelas atau ke kantin. Saya hanya akan duduk di dalam kelas dan buat-buat sibuk membaca buku cerita. Saya tak nak banyak bergerak sebab saya takut kasut saya akan terkoyak lagi. Jadi, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas dan makan “jemput-jemput” yang dibuat oleh ibu. Duit sekolah yang diberi oleh ayah, saya simpan.. nak buat beli kasut baru. Jika sebelum ini saya agak malas dan segan membawa bekalan makanan ke sekolah, tetapi, pada waktu itu saya dah tak kisah. Saya akan bawa bekal makanan setiap hari dan duit yang ada pula saya akan simpan untuk membeli kasut baru… sememangnya masa itu saya dah tak pikir tentang malu, segan atau sebagainya.. apa yang saya tahu.. saya kena simpan duit untuk beli kasut baru.
Mungkin kisah saya agak berlainan sedikit dengan kisah hidup anda… tetapi.. saya pasti setiap anda pernah mengalaminya. Sewaktu kecil dulu, apabila anda teringinkan sesuatu.. tak kiralah.. basikal baru ke?, beg sekolah baru ke?, mainan baru ke? jajan baru ke? atau pun nak beli mercun sewaktu hari raya… anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyimpan duit sekolah anda. Sanggup tak makan atau tidak membeli makanan ringan semata-mata nak simpan duit untuk beli barangan yang anda idamkan. (Jika anda anak orang kaya dan selalu dapat apa sahaja yang anda hajati…. mungkin anda tidak mempunyai pengalaman sebegini!.. jadi, bersyukurlah bagi mereka yang tidak dilahirkan di dalam keluarga yg kaya-raya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.)
Bagaimana?.. masihkah anda ingat kisah-kisah zaman silam anda sewaktu di zaman persekolahan dulu?.. Penuh dengan keghairahan bukan? Begitulah juga pada waktu ini… jadikan keghairahan anda untuk memiliki sesuatu itu sebagai motivasi anda… dengan keghairahan tersebut.. saya pasti.. setiap dari kita akan mampu meningkatkan peratus wang simpanan kita setiap bulan!
Jadi… carilah dan wujudkanlah suatu keghairahan di dalam hidup anda!
P/s:- Kepada yang sudah berkahwin.. mungkin anda boleh mengimbas kembali kenangan anda sewaktu anda ingin “mencari duit kahwin”. Anda sungguh ghairah bukan waktu itu? Keghairahan seperti itulah yang diperlukan.. jika dulu keghairahan anda untuk adalah untuk berkahwin.. kini, gunakan keghairahan yang sama, untuk menjadi jutawan pula..
Share and Enjoy:
Categories: Tips Kewangan
related posts
3 Cara Pantas Jimat Duit Setiap Bulan
Bagaimana Mencari Niche.. Ep2
Strategi Kekayaan 3 : Pengurusan Kewangan
Mari Mengumpul Email Pelawat = Duit.
Kepentingan SEO
Ebook SEO Percuma
Snippet Menjual Produk Fizikal..
Cari Duit Di Internet
Books
Blog Usahawan Internet Yang Paling Men”ghairah”kan
39 comments Subscribe Comments
By matzfain on August 16th 2006
Kalau smpan 10% nampaknya kena tggu 400 taun..
Hidup lagi ke kita ni? he he
Sbnarnya motivasi yg terbaik utk kita smpan duit ialah fikirkan impian yg besar utk masa dpn kita..
Cthnya mcm Kumpul Duit Nak Kawin, Kumpul Duit Nak Kawin Lagi (Gurau Je.. he he), Kumpul duit Nak Hantar Mak Ayah pg Haji dan sebagainya..
Bila kita pikir mcm ni mgkin 70% gaji pun kita sanggup simpan..
He he.. Fikirkanlah dan Renungkanlah
By shuth on August 16th 2006
Ya.. itulah point saya.. tapi saya lebih suka guna perkataan “keghairahan”.. sebab kalau kata “pikir”.. ia cuma pikir sahaja.. tiada tindakan.. ia kurang umph.. sebab itu saya suka guna perkataan “ghairah”
matlamat + impian + keinginan yang meluap-luap + semangat yang membara2 = ghairah
ho! ho! ho!..
By edgar on August 16th 2006
Kalau nak simpan 10% ini cara2nya:
Simpan dalam Amanah Saham Wawasan 2020. Setelah simpanan mencecah sekurang-kurangnya RM140 buat pengeluaran sebanyak 4 kali berturut-turut RM10 setiap kali. Baki minima ASW ialah RM100. Selepas itu simpan balik RM40 tadi dan teruskan simpanan anda. Anda tidak akan dapat mengeluarkan duit anda untuk kali ke-5. Dengan cara ini simpanan anda pasti selamat. Lakukan ini setiap awal tahun.
Gunakan cara potong gaji untuk memastikan disiplin anda menyimpan.
Untuk duit kecemasan, jangan simpan di ASW tapi simpanlah di ASB sebab jika berlaku kecemasan (seperti kemalangan atau atap bocor) ianya mudah dikeluarkan (tapi tidak terlalu mudah). Jika tiada kecemasan berlaku, duit anda kekal dan akan berpeluang untuk berbunga (2 dalam 1).
By ramzwatcher on August 16th 2006
haha..dah pakat ngan alang ke shuth? alang pun cerita pasal ‘cerita saya ketika kecik jgk’.
p.s: alah..kan pengalaman mengajar erti kehidupan dan keghairahan..haha..
By ZeMMs on August 16th 2006
Hi.. seronok baca entry ni.. just nak bagitau yg RSS feeds untuk site ni mcm ada problem je.. feed reader dah tak dapat update dgn latest post dari site ni (last sekali entry yg “Seminar Azizi Ali” tu je).. ingatkan still takde post terbaru.. bila check manually kat http://www.mohdsuhaimy.com/feed/ pun katanya ada parsing error.. better check that out..
By Labanon on August 16th 2006
ho! ho! ho! haha itulah perkataan paling saya suka.. saya setuju 100% ho! ho! ho! hahaha
By azwan on August 16th 2006
cara efektif nak simpan duit, pejam mata simpan je. toksah pikir panjang – Artikel
By muhdmuax on August 17th 2006
eh en shuth ni suka guna tajuk ‘ghairah’ lah, sampai tajuk ‘ghairah’ jadi most popular topic , apapeun saya nak tanya dari sk rendah sampai kerja skang ni dah baper rm kumpul
By aku on August 17th 2006
simpan? oh no, b*llS–t!
shuth sendiri demonstrate sampai bila nak jadi kaya kalau menyimpan je..
shuthnye main point adalah passion.. not saving.. u can’t make a living with saving.
mungkin pengalaman shuth ghairah ntuk kumpul duit nak kawen.. saya pula sedang mengalaminya
gunakan 10% tu untuk simpan, ’simpan’ dalam bisnes anda.
p/s: ada orang do not get the point.
By shuth on August 17th 2006
He! he!… yer \”aku\”….
Kalau nak jadi kaya.. memang agak susah jika kita hanya menggunakan kaedah \”menyimpan\” sahaja… menyimpan itu hanyalah perkara asas untuk menjadi kaya..
Selepas diri kita dah mantap dengan langkah pertama.. iaitu \”menyimpan\”.. barulah boleh pergi ke langkah seterusnya… seperti.. increasing earning potential.. financial risk management.. multiple stream of income.. investment dan sebagainya..
perkara2 itu (investment, MSI , increasing earning etc..) takkan berguna jika konsep asas (\”menyimpan\”) tidak ada dalam diri atau tidak kukuh..
so.. jangan salah anggap.. simpan duit adalah merupakan langkah permulaan untuk jadi kaya…. tetapi anda tidak akan jadi kaya dengan hanya menyimpan sahaja..
\”simpan duit banyak2\” pula.. adalah untuk mempercepatkan lagi proses kita untuk menjadi kaya.. lagi banyak kita dapat simpan duit.. lagi cepat lah kita dapat pergi ke langkah seterusnya.. iaitu… \”investment & make money from money\”..
Dan post kali ini, saya cuba menjawap persoalan.. \”Bagaimana nak simpan duit banyak2? / Bagaimana nak tingkatkan simpanan lebih daripada 10%? \”
Jawapannya… \”Passion\”…
By aku on August 17th 2006
syabas shuth.. dah top 10 bagi ‘ghairah’..
bleh jadik penampan.. hehehe.. teruskan keghairahan menyelak helai ilmu yang berguna…
kita bukan berdua-duaan sahaja di sini.. tetapi ramai..
By Noorizam Shah on August 17th 2006
WAAHH.. cerita ghairah yang penuh motivasi.. hehehehehe.. saya sukakan motivasi begini dalam blog…
hehehehe.. caya la shuth…
By surfaddict on August 21st 2006
sebut pasal simpan duit..saya just simpan kecil-kecilan sahaja. Since tgh belajar takde income tetap..just simpan duit2 lebih belanja skit2..herm..lebih baik dr takde simpanan langsung
By FATAH on August 23rd 2006
“Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda”
simpan? kalu setakat simpan dan ambik balik. takkan sudahnya sampai bila2. bila nak kaya kalu tak mulakan simpanan dari awal lagi. kalu simpan sekalipun sekejap je. lepas tu ambik balik. anda tahu kat mana? kat TABUNG HAJI. berapa banyak anda telah simpan kat sana? eh, nama lagi tabung… kita kena menabung laa bukan mengeluarkan duit tabung. hehhe
wuhuuu… 10% dari wang gaji? kalu nak menabung rm1.00 sehari memang boleh la. itu pun kalu boleh disiplin diri untuk menabung. rata-rata tak cukup duit apabila sampai tengah bulan. pokai jadinya. kalu tak sampai tengah bulan sekalipun sudah pasti hanya tinggal 10% untuk buat tabungan? 10% yang kita miliki tu belum boleh dipercayai sepenuhnya untuk ditabungkan.
jika gaji anda rm1000 sebulan. belanja itu ini dah tentu lebih dari gaji anda. apa yang tinggal hanyalah 10% dari gaji yang nak disimpan. itu pun belum tentu boleh nak disimpan. kalu boleh memang nak dibelanjakan selagi tak habis. itu bagi mereka yang tak reti nak uruskan kewangan ler. duit memang sukar nak dapat, nak belanjakannya memang terlalu mudah.
jalan terbaik adalah mulakan dari rm1.00 sehari. jika taknak boleh mulakan dengan rm10 sehari. jika naklebih lagi mulakan simpanan anda rm100 sehari. nak lebih lagi kena simpan lebih banyak lagi…
# sekadar pendapat je…
By buja on November 19th 2006
aku setuju sangat dengan simpanan 10% ni.. tapi apa yang kau pikirkan sekarang kalau kita nak kaya kita tak boleh tumpukan simpanan itu sajer.. tapi persoalannya bagaiman cara kita nak exploitasi ghairah tu kearah pendapatan yang membolehkan kita bebas kewangan
By edd on December 18th 2006
aku suke bebonor bca bab ni …. bagi la petua yang bess
By Anna on January 16th 2007
Saya dah cuba menyimpan, tapi tiap kali ada jer duit tu nak guna…simpan kejap jer pas tu kuar balik..abis camner..tahun 2007 ni berazam nak simpan 10% dari gaji tapi x tau bole ke tak simpan dan x usik2 lagi…untuk kecemasan pun kena duit gak…kadang2 tgh2 bulan la kereta problem itu nak bayar ini lah..sudahnye nak sampai ujung bulan pun semput..abis cam ner tu….
By az darulaman on April 5th 2007
ape2 le wei..cakap memang sonang!nak buek tu yg lotih..ape2 pun,memang botoila nasihat tuh..leh pakai le jalan yg di suggestkan tu.masalahnyer needs kat dunia ni byk benorrr!! hihi..
By juliana badin on April 16th 2007
yea..memang 1 cadangan yang baik, tapi mcmana dengan yang bergaji sedikit..mana dapat simpan dalam 10% daru\i gaji.
Saya hanya bergaji RM700.00 dan pas tu perlu untuk membayar upah taska RNM250.00…tolong beri cadangan
terima ksih
By ayu on April 22nd 2007
“Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji andaâ€
Dari start i kerja sampai la sekarang dah beranak pinak, i amalkan SIMPAN AT 30% DARI GAJI BERSIH (tidak termasuk pendapatan sampingan)
Pendapat sampingan, i invest lagi
By adeli on May 17th 2007
bgs pendapat tu saya suka.tapi gaji saya kecil.macam maner saya boleh beli sebuah moto
By mar on August 23rd 2007
setuju dengan simpanan minimum 10% daripada gaji..tapi please make sure that ianya adalah minimum bukannya maksimum…kalau mampu simpan lebih daripada itu baik simpan lebih dari 10%…
By Teman on September 5th 2007
Saya ada citer lagi suprise…..masa saya dtg UK (sambung belajar) saya cuma bawak £1 je..tapi la ni saya dah ada £30 setelah duduk sini 4 tahun. Maknanya saya dah simpan 3000%. Sebulan maknanya 62.5% (mana ada skim cepat kaya sebaik ni).
By 2ndcybenet on September 10th 2007
saya selalu simpan duit tapi bila tak berduit terpaksa korek balik. inilah masalahnya sekarang?
By Aris Jalil on December 9th 2007
Sediakanlah matlamat dan pasang niat
Ingatlah sewaktu susah dahulu
Menabunglah untuk diri dan keluarga
Penuhilah diri dengan ilmu
Ambillah langkah positif
Nantikanlah kejayaan…Insya-Allah
By Samdaddycool on January 1st 2008
…kalu labanon suka ho! ho! ho! ….yg lain suka part “ghairah”…:P … mmg keghairahan je yg dpt membuatkan kita berjaya. tapi ada satu lagi selain ghairah, pasanglah matlamat. dan matlamat tu kita coretkan atas kertas, tampal kat tempat yg kita biasa tgk hari2.. eg cermin, suis.
kalu baca hari2, dah jadi doa, disamping mengingatkan kita yg selalu lupa… selamat mencuba!
By hujan on February 5th 2008
tapi masih tak menjawap soalan bagaimana anda dapat menyimpan 200% dari gaji anda.
By amirrazak on August 8th 2008
dah jawab la hujan.
By red on March 25th 2009
yeh…skank sye fham…slame nie sye mmg boros…tpi sye keinginan nak jadi bisnes men yg berjaya
By Kimizo on March 26th 2009
Menyimpanla sebelum terlewat
By mazlina masroh on March 31st 2009
sy mmg dr sekolah bila tingin pakai beg sekolah baru or kasut BATA sy simpan sendiri , smpailah dah kerja masih menyimpan.Gaji ni mmg kecik starting kerja gaji RM 250.00 simpan rm20.00 ambil overtime ,bulat2 duit overtime simpan
baju tak yah beli sesgtnye sbb beli baju ni tak da kesudahannye. handbag or kasut pun camtu beli hanya bila perlu, makan kat kedai bila teringin sesgtnye or lapar,klau sekadar waktu lunch kena lunch tp perut tak lapar sy rela tidur kat surau.Alhamdulilah simpanan sy dpt antar anak belajar ke luarnegeri.
By Ahmad on April 1st 2009
Simpan lah sikit utk plaburan utk tmpoh 5 taun ke atas. Pastu wat maintain wat xtau je.. Sampai mase ade target nk guna br kluarkan.
By lindafeehily91 on April 1st 2009
slm..saye jz 18 taun..
alhamdulillah sye ade kesedaran unt capai financial freedom
atau sekurang2nye x dibelenggu mslh duit..
jd saye harap sape2 yg berpengalaman bley bg bimbingan
stakat ni saye dh bace 8 buku pasal financial management..
and saye nak bce lg bnyk2..
By Kimizo on April 2nd 2009
Duit perlu disimpan bermula dari awal tanpa memikirkan lagi apa kegunaannya kerana manfaatnya akan datang selepas beberapa lama kita menyimpan
By pencarimaklumat_2020 on April 2nd 2009
wah, saya suka ngan cerita suhaimy tu…
sebab lebih kurang…
pendapat saya:
“menabunglah pada awal bula ketika gaji masih banyak. huhuhu”
By Miss kym on September 17th 2009
Hi,
Simpan untuk masa depan anda, mula dengan amount yang sikit dulu…
Kalau anda boleh simpan Rm 3.4 sehari, dan setiap bulan simpan duit ini di Unit trust dengan mininum 12% rate, the return you can get Rm 99,915 nearly Rm100,000.00
Ini bukan skim cepat kaya..
ia adalah salah satu Bank yang besar di malaysia
kalau rasa nak tanya saya more details,
pls call or sms 013-7469739 or 013-7151298
or email k_ym21@yahoo.com
or visit my blog
http://growyourmoney-kym.blogspot.com/
By dalilah on October 25th 2009
selalu keluar duit sebab tidak buat akaun bulanan. Akaun bulanan ni penting..kenapa selalu keluar duit simpanan 1. terlalu boros berbelanja sehingga terpaksa keluarkan duit simpanan. 2. tidak ada akaun untuk tabung kecemasan(selalu dilupakan). Jadi kalau ada masalah secara tiba2 duit simpananlah yang terpaksa dikeluarkan. Jadi macam mana nak simpan secara tetap setiap bulan…Untuk simpan duit mesti berdisiplin..Kalau susah sangat nak disiplinkan diri buat simpanan tetap..sekarang ni macam2 ada..
By Reckleen on April 28th 2010
Ingin menyimpan duit tapi tak tau bagaimana caranya. Sesudah simpan guna lagi..bila lah nak banyak. Tension la kalau di pikirkan perkara ni. Simpan susah tak simpan susah..
No comments:
Post a Comment