Sunday, May 30, 2010

asb LAGI

Persoalannya “Pinjaman Untuk ASB, Berbaloikah?” Tanya saudara Sabri Saifulsham…

Lalu saudara Pakdi tampil dengan kiraan Pinjaman Untuk Melabur di ASB…

Saya rasa semua yang mengikuti perbincangan daripada blog mereka berdua tentu dah dapat buat pertimbangan baik atau buruknya Skim Pembiayaan ASB nih…

Tapi dalam blog saya kali ini, tidaklah saya bercadang untuk ulas perkara tersebut semula.

Cumanya nak bagi pandangan tentang perkara ini dari sudut pandangan dan fikiran saya.

Bagi saya, adalah lebih baik anda simpan sendiri daripada membuat pinjaman ASB, jika sekiranya :-

Anda mempunyai AZAM yang kuat untuk melihat wang simpanan anda terus berkembang biak sehingga mencapai matlamat sasaran anda.. sebagai contoh nak target sampai had maksima RM200K kemudian lepas tu…biarkan ianya terus berkembang..

Jangan diusik walaupun satu sen pun…!

Masalahnya ramai yang tidak merancang kewangan dengan betul…akibatnya;

Apabila jumlah simpanan ASB mereka dah mula berkembang, NAFSU dan Kemahuan mereka turut berkembang untuk membelanjakannya…

Kesudahannya, matlamat tak tercapai…

Pi Mai Pi Mai Tang Tu…!

Inilah modal utama kakitangan bank gunakan untuk pengaruhi customer mereka supaya buat pinjaman pelaburan ASB dengan mereka..katanya;

“Kalau anda simpan sendiri(potongan gaji atau simpan secara berkala), nanti dah cukup banyak wang simpanan ASB, anda boleh keluarkan jumlahnya…!

Tetapi jika anda buat pinjaman, sijil pelaburan tersebut tidak boleh ditebus selagi belum tamat tempoh pembiayaannya…! Kalau simpan RM100K pinjam 10 tahun, pada tahun ke 10 anda dah ada RM100K…dividen yang diterima setiap tahun jangan diusik, ini akan membantu mengurangkan ansuran wang dari poket anda bagi bayaran berikutnya..”(erks..! ini pun sama juga, siapa boleh jamin ada tak usik bayaran dividen tersebut ! )

Jika anda simpan sendiri dalam ASB, tetapkannya sebagai Tabung Pesaraan anda. Simpan dan lupakannya..kalau dah sampai masanya barulah buka buku simpanan ASB…

Itulah objektif asalnya - untuk sediakan Tabungan bagi kaum bumiputera yang ‘fail’ sikit bab tabung menabung ni…tapi bab pecah tabung ni memang cukup HEBAT!

Yang penting rancang dulu wang anda. Sediakan dana -dana khusus untuk menampung keperluan dan kemahuan anda secara tersusun. (Saya ada nyatakan kaedah ini dalam Buku 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang terbitan TrueWealth).

Jangan usik, kacau dan ganggu wang tabungan ASB anda!

INGAT! Tak boleh diusik…kalau diusik meranalah masa depan persaraan anda
Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.


5 Responses to “PINJAMAN PELABURAN ASB, BAIK ATAU TIDAK?”
on 22 Jun 2009 at 1:00 am # sal
Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%
Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%

Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%
Interest sebenar pada kadar APR = 13%

Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.

Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).

Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.

Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.

Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman
= RM 14,025 - RM 13,560 = RM 465 sahaja.

Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,
Total Contribution = RM 13,560
Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.

As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?

on 30 Sep 2009 at 12:15 pm # jj
Untung sebenarnya kalau buat pinjaman ASB ni:

Pinjaman: 50000 Tempoh: 15 tahun

Interest Rate: 7.5% Ansuran: 463 ASB Dividen: 7%

Kes 1: Guna dividen
Dividen: 3500 / 12 = 351
Bayar Bank: (463-351) x 12 x 15 = 20,160 (money from my pocket)
Jumlah wang selepas 15thn: 50,000
Melabur sendiri (112/month): Slps 15 thn = 33,773 (with the same amount from our pocket)
Untung: 50000 - 33773 = 16,227

Kes 2: Tak sentuh dividen
Bayar Bank: 463 x 12 x 15 = 83,340 (money from my pocket)
Jumlah wang selepas 15thn: 137,951
Melabur sendiri (463/month): Slps 15 thn = 139,616 (with the same amount from our pocket)
Untung: 137951 - 139616 = -1665 (rugi !!!)

Interest Rate: 4.5% Ansuran: 382 ASB Dividen: 7%

Kes 1: Guna dividen
Dividen: 3500 / 12 = 351 (money from my pocket)
Bayar Bank: (395-351) x 12 x 15 = 7,920
Jumlah wang selepas 15 tahun: 50,000
Melabur sendiri (44/month): Slps 15 thn = 13,268
Untung: 50000 - 13268 = 36,732

Kes 2: Tak sentuh dividen
Bayar Bank: 395 x 12 x 15 = 71,100 (money from my pocket)
Jumlah wang selepas 15 tahun: 137,951
Melabur sendiri (395/month): Slps 15 thn = 119,111 (with the same amount from our pocket)
Untung: 137951 - 119111 = 18,840.00

on 23 Mar 2010 at 10:30 pm # fadzildom
pada pandangan saya:
kita gunakan keduanya:
1)pinjaman jangka panjang yg mana hanya perlu membayar ansuran tahun pertama sahaja.cuma pastikan jumlah ansuran bagi pinjaman tidak melebihi jumlah dividen yg diterima setiap tahun.
Konsepnya mudah.Pada akhir pinjaman tamat,kita akan mendapat sekurang2nya principal/pokok.
Jangan ambil kira bank akan turut membuat untung di sini.Mmg matlamat bank ialah membuiat untung.Cuma di sini kita perlu lihat ianya sebagai satu Win Win situation.Dan principal tu adalah duit tabungan kita semasa tua.

2)Pada tahun kedua pula,kita tidak perlu lagi membayar untuk pinjaman tadi disebabkan dividennya telah digunakan untuk membayar ansuran bulanan.Maka di sini kita mulalan untuk MENABUNG sendiri secara bulanan

Kenapa perlu kita bertekak untuk menyatakan untung atau tidak?
Pada pandangan saya,jika kita membuat pinjaman untuk jangka pendek memang kurang menguntungkan.
Fahamilah konsep pinjaman yg sy nyataka pada no (1) di atas.Apa yg di ‘target’kan ialah mendapat prinsipal (dan sedikit rollover bagi dividen) pada akhir tempuh matang pinjaman.So faktor pendapatan dividen membayar balik bayaran bulanan adalah penting,dan modal yg dikeluarkan hanyalah bayaran pinjaman pada tahun pertama sahaja.

Sama2 lah kita bijak dengan menggunakan kedua cara tersebut SERENTAK
semuga bejaya.amin

on 28 Apr 2010 at 8:09 pm # de
pinjaman asb adalah baik…..
bank untung …
kita pun untung…
bank kaya…interest semakin berkurang…

bagi yang banyak hutang dan tiada simpanan…. sebaik-baiknya buat pinjaman asb…

on 30 Apr 2010 at 9:04 am # Thinkerich
De,

Hmm…yang banyak hutang dan tiada simpanan adalah lebih baik bayar dan jelaskan hutang terlebih dahulu dan mulakan buat simpanan…jangan tambah beban hutang dulu…

No comments:

Post a Comment