Suatu hari kertas bertanya kepada pensel, "kenapa sikapmu begini rupa , wahai pensel" , apa salah ku? Pensel terus mencebik mukanya kepada kertas.
"Ahh, aku tak suka dengan kau lagi. Tahu kah kau wahai kertas yang buruk", aku cuma layak bergandingan pada kertas yang baru dan bersih sahaja bukan seperti kau yang kotor dan buruk", sungguh menjijikkan".
Kertas amat sedih mendengar pengakuan daripada pensel. "Oh sampainya hati mu pensel', kamu tahu tak kenapa aku jadi begini ? semuanya disebabkan kau, kau yang sering menconteng ke atasku, tetapi ku biarkan sahaja selama ini demi persahabatan kita. kalau kau tidak menconteng-conteng aku, tentu aku masih bersih dan cantik." Pensel terus berlalu tanpa memandang sedikit pun kepada kertas.
Suatu petang, pensel telah digunakan oleh tuannya. Dia amat gembira kerana pensel telah berpasangan dengan kertas yang baru lagi bersih. Tiba-tiba tuannya bersuara "Alamak, pensel ni dah pendek lah, aku mesti tukar lain. Sepantas kilat pensel telah dibuang kedalam bakul sampah. Pensel terperanjat tidak terkata. 'kenapa aku dicampak ke dalam tempat ini' apa salah ku !...'aku pasti bermimpi ...oh tidak tidak...pensel menjerit-jerit.
Dari dalam bakul sampah itu pensel dapat melihat kertas, kawannya yang lama. Kertas telah dibalut dengan plastik yang kemas dan dibingkaikan oleh tuannya. "Eh kertas, kau masih ingat aku tak? kenapa kau masih di sana? kenapa kau tidak dibuang seperti aku walaupun kau dah buruk?..Kertas tersenyum dan berkata, sebenarnya aku nak mengucapkan terima kasih kepada kau wahai pensel, kerana dulu kau pernah menulis sajak di atas badanku ini, sebab itu aku tidak dibuang, aku dijadikan kenangan terindah oleh tuan kita." 'Terima kasih ya pensel'.
Pensel merasa sedih dan malu, kerana kesombongannya yang tidak bertempat itu dia hilang kawan sejati. khidmatnya tidak diperlukan lagi. Walaupun kertas pernah dihina oleh pensel tetapi dia masih mengucapkan terima kasih kepadanya.
ceritabonda.blogspot.com