Pada hari jumaat 3 jun 2011 kami sekeluarga telah ke Singapura sekali lagi...kebetulan cuti sekolah.
Perkara pertama yang ibu buat ialah membuat senarai keperluan:
1. pasport (jangan lebih tempoh)....check punya check ayah punya pasport dah expired date...
2. Tukar duit (ha ha terpaksa koreks ASB RM 800...) pergi ke money changers aku tukar RM852 = cuma dpt $345 dolar sahaja) apaaa???? rendahnya nilai matawang kita.
3. Beli baju di Jusco , kami bercadang nak pakai t-shit yang sama. kebetulan ada sale...jadi kami beli 2 pasang seorang satu warna pink satu lagi warna coklat. harga sepasang Rm10.00....jadi habis pada baju RM 100...
4. Tiket masuk ke Universal Studio. kebetulan pergi hari jumaat jadi murahlah sikit. untuk dewasa 2 orang = RM 144.00
3 kanak-kanak = RM 156.00 jumlah semua RM 300.00....sepatutnya Aina dah guna bayaran untuk dewasa sebab dah 13 tahun tetapi try jek ckp kat cashier tu...lagipun dia blm masuk birthday dia bln 7 ni jadi anggap still 12 lah....eeee blh ker?
Tengoklah gambar-gambar kami...
No comments:
Post a Comment