Wednesday, June 16, 2010
2 dalam 1
Betullah kata orang, org perempuan boleh buat 2 kerja dalam satu masa, lebih daripada 2 pun boleh. Cuti-cuti sekolah ni, anak sentiasa merengek nak sesuatu untuk dimakan petang. Semalam dah buat donut, hari ni ingat nak buat jemput-jemput ikan bilis sahaja.
Tup-tup lepas makan tengahari si kecik Aiman ternampak tin coklat van Houtan yg memang selalu aku gunakan untuk buat kek coklat. Apa lagi merayu-rayu suruh buat.
Sebagai ibu memang tak sampai hati, apa tah lagi bahan untuk membuat kek itu semua ada di rumah. Kalau pun tak ada pandailah aku mengubahsuainya. Contohnya kalau tiada susu cair, aku letak susu pekat je. Kalau tiada marjerin, kita boleh guna minyak. memang mudah nak buat...tapi nak mula buat tu...kata org bercinta betul.
Sambil tu...aku dah lama tak upload gambar video ke blog. jadi aku buat 2 you tube hari ni. tetapi sambil tunggu nak upload tu....aku pun buat lah kek coklat tu.
sambil2 tunggu aku update blog aku.
sekarang dah ada design cantik2....sukanya aku. Dulu siap belajar nak buat template baru. lepas tu tak jadi....sekarang macam-macam design ada.....sukeeenyeee
Resepi Kek coklat Kukus
Bahan-bahan
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)
Cara membuatnya :
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin
2. panaskan di atas api sampai gula larut
3. Angkat dan sejukkan
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan ayak
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi
7. masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan sehingga sebati
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam
** adunan akan naik 2 kali ganda, jadi guna loyang yang tinggi dan besar
Kek coklat Kukus (guna air panas)
Bahan :
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandun
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 susu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
5 biji telor
Cara :
1. campurkan koko , tepung gandum, gula halus, baking powder , bikarbonat of soda
2. Bulatkan di tengah2, masukkan 5 biji telor , susu pekat, minyak dan kacau
3. Kemudian masukkan air panas. kacau rata.
4. Kukus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment