Wednesday, December 17, 2008

Si Katak dan Si kodok

Pada suatu hari, seekor katak melompat-lompat di tepi kolam. Seorang budak kecil kebetulan berada di tepi kolam itu bermain dan menyanyi-nyanyi kecil. Si Katak melihat sahaja gelagat budak kecil itu sambil tersenyum. "Kalau lah aku seriang budak kecil itu, alangkah seronoknya" kata Si katak di dalam hati.

Tiba-tiba si kodok melintas di hadapan si katak dan menjerit kepada si katak "ooii, cerminlah dulu muka kau tu. Dari tadi asyik nak tengok budak kecil itu sahaja" Kau kena sedar muka kau tu hodoh. Si katak merasa marah dengan teguran si kodok yang menyakitkan hati itu. "Kalau aku hodoh kau sepuluh kali lagi hodoh, mata besar kulit tebal menggerutu pula tu" masing-masing tidak mahu mengalah.

Si kodok mendapat idea, "bagaimana kalau kita tanya budak kecil itu siapakah di antara kita yang paling comel "kata Si Kodok. Maka si katak pun bersetuju. Si katak bertanya kepada budak kecil itu. Wahai budak kecil yang bijaksana, pada fikiran kamu siapakah di antara kami yang paling cantik dan comel.

Budak kecil itu terfikir sejenak dan kemudian tersenyum, "saya fikir kamu berdua cukup sempurna berbanding dengan saya. Kalian boleh melihat saya kan? Kamu berdua memang sempurna. kamu berdua mesti bersyukur tau !. Si katak dan Si Kodok berpandangan sesama sendiri.

Tiba-tiba terdengar suara ibu budak kecil itu, "kenapa main tepi kolam tu, bahaya sayang mari mak pimpin tangan", takut jatuh nanti. Budak kecil itu berjalan sambil tangannya terawang-awang mencari suara ibunya. Si katak dan si kodok merasa malu dengan sikap mereka. Barulah mereka sedar mereka cukup sempurna berbanding budak kecil itu.

ceritabonda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment