Sunday, December 12, 2010

Singapore ....finally we are coming !!



































Hari sabtu 11 .12.2010 seperti yg dijanjikan kepada puteriku Aina....akhirnya kami 7 sekeluarga menjejakkan kaki ke singapura....syukur alhamdulillah.

Bertolak dari rumah, kota tinggi pukul 7.30 sampai di woodlands 8.30...Alhamdulillah urusan di dalam tu termasuk jem sikit keluar pukul 9.15 pagi...
1. mula-mula imigresen malaysia check pasport kami...lps tu jln
2. pergi imigresen singapore , cop pasport....
3. buat autopass (oleh krn ini first time kami pergi bersama kereta sendiri...kereta mesti didaftarkan )$10 .00 sahaja
4. Pemeriksaan pada boot kereta...
5. Tepat 9.15 kami pun bergerak ke kota singapura.

Tempat pertama kami pergi ialah di Esplanade, merlion park (alah bangunan yg ada singa keluar air tu dan ada bangunan macam kulit durian....kami parking dalam bangunan baru berhampiran marina bay...

parking dalam tu sekejap je tapi dah kena charge $6.00 ...oleh krn aku blm top up kad autopass aku..maka kami semua tak boleh keluar.Dalam kad autopass tu cuma ada $4 sahaja. alamak episod malang di kota singapura telah bermula....mujurlah ada mamat bangla yg jaga kat situ amat baik hati...dia ingatkan kami lain kali sebelum masuk singapura make sure cukup duit dlm kad tu.....maka dia lepaskan kami utk kali ini. syukur alhamdulillah.


kemudian kami bergerak ke rumah nenek saudaraku (Nyai na) yg tinggal di blok 706 clementi, west coast. Tepat pukul 12.00 kami sampai ke rumah beliau...

Thursday, December 9, 2010

singapura kami datang !!

insyaallah hari sabtu ini kami sekeluarga akan ke singapura...segala kelengkapan dan info terkini utk memasuki spore sudah aku belajar...tadi tukar duit kat cwgn mybk di plaza kota tinggi. Aku tukar RM 498 tp cuma dpt 205 dolar duit singapura. Betapa rendahnya nilai ringgit kita. Utk hari ini aku tgk kat paper RM 1 = $2.39. Lps tu pergi tmbh nilai touch and go...2 tmpt aku pergi petronas, mybk dan 7 eleven....tp sume x blh....at last pegi petronas jln johor baru blh....top up RM 20 je.....isi minyak penuh siap2 RM 70....hari ni je belanja semua RM 590....fuhhh.......:.....singapore kami dtggggg

Thursday, December 2, 2010

Majlis perkahwinan sepupuku Mohd nazri dan Zahri di Dewan skudai JB pada 16.10.2010...semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat...







PAda 8.11.2010 hari ahad...peperiksaan akhir utk statistic....sambil anak2 tunggu bondanya menghadapi peperiksaan yg penuh getir ini....suami ku membawa anak-anakku mandi manda di hutan bandar, jb





Buat passport

Pada 29.11.2010 hari isnin kami sekeluarga buat passport di pejabat imigresen mersing.
bayaran bagi org dewasa 12th ke atas untuk 2 tahun adalan RM 100
dan bagi kanak-kanak bwh 12th utk 5th bayarannya cuma RM 150.

Kami semua akan bercuti di singapura sempena 'celebrate' keputusan anak ku yg sulong kerana mendapat 5A dalam UPSR. Kami akan bawa mak dan ayah sekali ke sana.
perbelanjaan buat pasport
1. ayah RM 100
2. mak RM 100
3. Aina RM 100
4. Aisyah RM150
5. Aiman RM 150
Jumlah = RM600.00

Sungguh cepat kakitangan imigresen di mersing membuat kerja mereka...sekalung tahniah diucapkan kepada mereka....selepas pembayaran, hanya menunggu 1jam untuk mengambil semula passport yg sudah siap....sambil menunggu sempat makan tghri di kafetaria di hospital....sangat sedap dan murah...5 org makan hanya RM 30 sahaja....

selepas itu, kami mmebawa anak2 bermain buaian ditepi pantai...sambil berborak-borak dengan ahli keluarga dan kebetulan kawanku dari tanjung sedili pun buat pasport....maka melaramlah kami.....