Tuesday, December 29, 2009
Mandi di Sri Bayu Tiram 2006
Seronok mandi di sini. Anak2 kecil lagi ketika ini. Aiman 3 tahun, aisyah 5 dan kakak 7 tahun..
Mandi di Sri Bayu Tiram 2006
Kenangan masa kecil anak-anakku. Tahun 2006 Aiman baru masuk 3 tahun, Aisyah 5 dan kakak baru darjah 1. tapi sayang Sri Bayu Tiram dah tutup sebab bankrup. tempatnya best untuk anak2 mandi.
Wednesday, December 23, 2009
Monday, December 21, 2009
Telok Gorek di mersing
Pada 20.12.2009 (hari ahad) , kami sekeluarga pergi ke Tanjung Resang untuk berkelah. Semalamnya hujan lebat di mersing tidak berhenti, tetapi hari ini "Gorek bay' seperti mengalu-alukan kedatangan kami sekeluarga kerana hari sangat cerah. seronok tengok anak2 gembira. Mari kita tengok gambar2 yang sempat diambil di sana.



Sunday, November 29, 2009
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006

Akhirnya hampir sedekad menabur bakti di dalam bidang pendidikan, kerja kerasku mendapat perhatian pihak pentadbir dan mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di SK Bandar, Kota Tinggi Johor 2006.
Terima kasih Guru Besar Tn Hj Syed Othman b Syed Nong, GPK 1 Pn Asiah bt Mohamad Ali dan semua guru-guru yang sentiasa menyokong setiap kerja ku.
InsyaAllah semangat untuk mengajar tidak akan padam dan terus membara....AMIN
Sunday, November 22, 2009
memori lama (banjir 2007)
Saturday, October 10, 2009
dino, jimmy, upin dan ipin
pada tahun lepas , ayah kami membeli seekor kura - kura yang diberi nama jimmy.nama itu diberi nama oleh ibu kami . kami selalu bermain dengannya . tetapi kami merasakan dia kesepian kerana tidak mempunyai teman .
keesokan harinya ayah kami membeli seekor lagi kura - kura . ibu kami memberikan nama kura - kura tersebut iaitu dino . kami melihat mereka sangat gembira .beberapa hari kemudian , ketika kami hendak pergi ke sekolah kami melihat jimmy tiada di dalam aquarium . adik saya menangis teresak - esak kerana jimmy hilang .
ketika pulang dari sekolah kami mencari lagi jimmy yang hilang itu .oleh kerana ibu dan ayah tidak sanggup melihat kami bersedih lalu ayah kami membelikan dua ekor kura-kura yang diberi nama upin dan ipin . puas kami mencari jimmy itu tapi masih tidak kelihatan . semasa ibu kami mengemas buku kami terdengar ibu kami menjerit,ahhhh..... kami terus bergegas ke dapur untuk melihat apa yang berlaku , kami terkejut rupa - rupanya jimmy berada di celah celah buku .kami sangat gembira kerana mempunyai empat ekor kura - kura.
ini adikku aiman sangat suka bermain dengan upin.daripada segi fizikal mereka semua sama sahaja.tapi kami dapat membezakannya daripada corak badan mereka.corak badan jimmy sama seperti''tak'' dalam cerita ''wonderpat'' .
daripada kanan,ipin ,jmmy,dino dan upin. kami gembira sekali sewaktu itu ,tetapi kami nampak ipin seperti tidak macam biasa ia tidak bersemangat langsung.
inilah saya tengah bergambar bersama kura -kuraku upin. ini adalah pengalaman saya bersama kura- kura ini .
ini pula kakak ku yang bernama aina kalau nak tahu ada kura - kura juga dekat tangan dia nampak tak.........
di tangan saya itu pula ialah dino kura -kura kesayangan ku he... he... he... seronoknya.
inilah gambar mereka berempat, tetapi jimmy hendak pergi mana... jangan lari lagi tau risaulah.
kami suka bela kura- kura sebab ia sungguh comel. kami sukakannya...
ini adalah ipin comelkan. kalau nak gambar lagi besar tengok bawah.........beberapa hari kemudian ayah pun lepaskan keempat kura- kura dekat parit depan rumah kami kami berasa berat hati untuk melepaskannya, tetapi mestilah kembali ke habitatnya. mereka perlukan kebebasan.
kalau hendak tahu ibu saya sahaja yang takut dengan kura- kura he...he...he...
tamat....
tamat....
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)